Sertailah Perjuangan Kami!


Monday 17 October 2011

Saranan Bangun Awal



Sumber : SOLUSI, Panduan Hidup Bersyariat (Isu no. 36)


Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : “Berpagi-pagilah kalian (memulakan aktiviti pada awal pagi ) untuk mencari rezeki dan keperluan. Sesungguhnya, ia membawa keberkatan dan kejayaan.” (Riwayat al-Tabarani)
           
Siapa sangka disebalik saranan Nabi s.a.w supaya bangun awal pagi untuk beribadah pada-Nya terselit hikmah kesihatan dan magnet menarik rezeki. Mengapa begitu?
            Hal ini kerana, mereka yang bangun awal dapat memulakan hari dengan lebih bertenaga dan bermotivasi untuk melakukan kerja seharian. Bagi pelajar, belajar dan mengulang kaji pada awal pagi lebih memberikan suasana yang segar dan nyaman untuk menerima ilmu. Tetapi harus diingat, bagi mendapatkan dan memulakan hari dengan baik, tidur yang cukup harus diutamakan.
            
Mereka berada dalam golongan yang berjaya kerana bijak mengatur masa. Mereka bangun seawal pagi bagi mengambil keberkatan. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
           
“Sesungguhnya orang yang bertakwa ditempatkan di dalam taman-taman syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. (Keadaan mereka disana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).” (Surah ad-Dhariyat 51 : 15-18)


           Berhati-hatilah dalam memberi masa tidur kepada diri sendiri. Tidur yang mencukupi sekitar 6-8 jam sehari. Sekiranya tidur kurang atau lebih daripada itu, badan akan letih dan lesu...
Wan Nur`Atiqah bt Wan Mohamad Zamri

1 comment:

Jom Ziarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...