Sertailah Perjuangan Kami!


Thursday 27 October 2011

Love For Allah SWT





Nurul Iman termenung sendiri.. Surat yang diterima dari seorang lelaki ajnabi benar-benar meresahkan hati dan jiwanya. Dia sendiri kurang pasti apakah isi surat yang merupakan luahan hati dari lelaki itu membuat dia rasa gembira, teruja, sedih, atau tiada apa-apa perasaan yang harus dia patut rasakan, membuat dia keliru seketika.Hal itu membuatkan dia terpaksa menyelam mencari-cari perasaan sebenar erti luahan hati dari seorang lelaki ajnabi kepada dirinya. 

Tuk…Tuk.. Tuk…

Ketukan di pintu biliknya membawa Nurul Iman kembali ke dunia nyata. Dia bingkas bangun untuk membuka pintu itu. Di hadapannya terpacul angah anak buahnya.

‘Ismahli a’la hazal ‘iz’aj. (Maafkan saya kerana mengganggu). Hal anti masyghulun al-aan? (Adakah awak sibuk sekarang?), sambung angah yang berusia 5 tahun dengan pelat.

Hati Nurul Iman dicuit kelucuan melihat telatah anak buahnya. Lantas pipi anak buahnya itu  menjadi sasaran dia untuk melepaskan geram. Hatinya terasa tenang seketika.

‘Naam ya ustaz Angah. Tafaddal, balas Nurul Iman’.

Dengan senang hati, angah meluru masuk ke biliknya. Nurul Iman tersenyum. Dia lantas ke meja belajarnya semula. Melihat hal itu angah turut mengekorinya dari belakang. Paparan wallpaper di laptopnya menjadi perhatian anak buahnya.

‘Mak cek apa maksud dia?, tanya angah sambil tangan chomelnya menunjukkan perkataan yang ada pada wallpaper di laptopnya.

Nurul Iman tersenyum.

‘Kenapa angah nak tahu?, duga Nurul Iman’.

‘Sebab angah kisahlah, jawabnya pendek’.

Nurul Iman yang mendengar jawapan itu ketawa kecil. Hatinya benar-benar terhibur dengan telatah angah. Terlupa dia seketika pada hal tadi.

‘Love for Allah, maksudnya Cinta adalah untuk Allah, jawab Nurul Iman’.

Angah Cuma mengangguk kecil.

‘Mak cek cinta Allah? Macam mana Mak cek cinta Allah?, tanya angah kembali’.

Nurul Iman terkedu dengan soalan dari angah sebentar tadi. Dia tidak menyangka soalan itu keluar dari mulut kanak-kanak sebesar angah. Sewaku dia sebesar angah dahulu pun soalan itu tidak pernah ada dalam sereberum mindanya.

‘Subahanallah, ucap Nurul Iman perlahan’.

Tiba-tiba pintu diketuk dari luar. Terpacul kakak iparnya di muka pintu.

‘Angah, mari tidur sayang. Esok sekolah, kata kakak iparnya’.

Angah mengangguk kecil. Tangan Nurul Iman dicapainya.

‘Selamat malam Mak cek, Assalamualaikum, kata Angah perlahan’.

‘Waalaikumussalam, balas Nurul Iman’.

Sesudah mereka keluar, Nurul Iman kembali ke meja belajarnya. Persoalan angah sebentar tadi bermain-main di hati dan mindanya.

Love For Allah… Allahu Akbar, bisiknya perlahan’.

Kerana persoalan angah hatinya kembali tenang. Tidak sepatutnya dia membiarkan hatinya sibuk memikirkan cinta dari lelaki ajnabi yang belum tentu menjadi miliknya lagi. Cinta harus diberikan pada Allah, tidak pada lelaki ajnabi yang tidak halal buatnya.

Astaghfirullahadzim, Ampunkan hambamu ini ya Allah, doa Nurul Iman di dalam hatinya’.

Mushaf Al-Quran yang berada di atas mejanya dibuka perlahan. Dia mencari surah Yassin, sesudahnya disusuli dengan surah Rahman dan diakhirinya dengan surah Al-Mulk. Usai peroleh ketenangan, Nurul Iman bangun menuju je bilik air bagi memperbaharui wuduknya. Dia ingin melakukan solat taubat, istikharah dan solat hajat. Tiba-tiba menerjah kerinduan dirinya pada Kholik……. 

Dari Anas ra. dari Nabi SAW. bersabda: ”Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang, niscaya ia akan merasakan manisnya iman, yaitu: Hendaknya Allah dan rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain. Hendaklah bila ia mencintai seseorang semata-mata karena Allah. Hendaklah ia benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia benci kalau akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR. Bukhari)
Kiriman siti aminah adenan


No comments:

Post a Comment

Jom Ziarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...