Sertailah Perjuangan Kami!


Thursday 27 October 2011

ADAB BANGUN TIDUR

1.     MENYAPU TANGAN KE MUKA
Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud “Rasulullah s.a.w bangun tidur, kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya.” (Riwayat muslim)

2.     BERDOA
Huzaifah meriwayatkan: “Dan setiap kali bangun tidur, baginda berdoa:
Dari al-Barra', sabda Nabi saw:



Ertinya:

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami dan kepada-Nyalah (kami) dibangkitkan." (Riwayat al-Tirmizi)

3.     BERSUGI
Dalam sebuah hadis (yang bermaksud) ada menyebut: “Apabila Rasulullah s.a.w. bangun daripada tidur, Baginda akan membersihkan mulutnya dengan bersugi.” (Muttafaq ‘alaih)

4.     MEMBASUH KEDUA-DUA TANGANNYA SEBANYAK TIGA KALI
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu tiga kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur.” (Muttafaq ‘alaih)

5.     BERISTINTHAR (MENGHEMBUS AIR SELEPAS MENYEDUT KE HIDUNG)
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “apabila seorang antara kalian bangun tidur, maka berwuduklah kemudian beristintharlah sebanyak 3 kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya.” (Riwayat al-Bukhari)

Solusi isu No.36                             ASNI HITA NOR SUHADA HASSAN

No comments:

Post a Comment

Jom Ziarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...