Sertailah Perjuangan Kami!


Monday 3 October 2011

Maksiat Itu Manis ?


Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan maksiat dan dosa, kerana sudah ditakdirkan Allah begitu kejadian manusia yang memiliki nafsu. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan yang dilakukan manusia, bahkan ada dalam kalangan manusia apabila sehari tidak berbuat maksiat tidak bahagia hidupnya. Mengapakah demikian halnya? Ada orang berkata kerana maksiat itu indah dan manis serta menyenangkan. Benarkah? Atau ia sebenarnya hanya tipu daya syaitan yang memperindahkan benda yang jelek pada hakikatnya. 
Sebagaimana dinyatakan dalam surah Fatir ayat 8,
 “Maka adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya lalu dia memandangnya dengan kebaikan? “

Di dalam surah al-Hijr ayat 39 hingga 40 dijelaskan,
            “ Iblis berkata : “ Ya tuhanku! Dengan apa yang sudah Kau sesatkan aku, pasti aku akan hiaskan bagi mereka di bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu daripada kalangan mereka yang ikhlas”

Sesungguhnya orang yang dapat melepaskan diri daripada tipu daya syaitan ini adalah hanya orang yang ikhlas dalam pengabdiannya kepada Allah. Begitu pula, orang yang memandang maksiat sebagai sesuatu yang manis, fikirannya ditutup oleh syaitan sehingga tidak dapat memikirkan kesan jangka panjang yang diperolehinya. Sekiranya terlintas difikirannya, dia segera berusaha untuk melupakannya.
              
Sesungguhnya syaitan tidak pernah berputus asa membuatkan manusia tersasar daripada jalan yang lurus. Oleh itu, mereka merancang banyak strategi yang cukup halus sehingga sering kali manusia tidak sedar sedang berada berhampiran dengan jurang neraka.Dalam al-Quran, Allah mengingatkan dalam surah an-Nisakayat 120, mengenai cara-cara syaitan membuatkan manusia tersasar daripada jalan yang lurus. Salah satunya dengan menjanjikan angan-angan yang indah supaya manusia terlupa dengan azab yang menimpanya apabila mengerjakan perbuatan jahat itu.
                     “ Syaitan  berjanji dengan mereka serta membuat mereka berangan- angan. Dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanya tipu daya semata-mata “


                 Kemaksiatan mendatangkan kehinaan dan orang yang melakukannya dicaci oleh orang ramai, dipandang serong dan ada juga yang dipulaukan. Lihat pada orang yang melakukan perbuatan maksiat mereka sendirimalu sekiranya perbuatannya diketahui orang.Di samping itu, antara kesan buruk maaksiat dalamkehidupan manusia yang paling besar ialah dia mengalami kehidupan yang sempit dalam dunia, yakni resah dan gelisahserta tidak tenteram jiwanya atau menderita azab di dalam kubur.

               
                Allah menyatakan dalam surah Taha ayat 124-126, di akhirat mereka akan dihimpunkan bersama-sama makhluk lain dalam keadaan buta, yakni meraba-raba di dalam kesesatan seperti keadaanya di dunia atau meraba-raba di dalam gelap.
         “ Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada mengingati-Ku, sesungguhnya baginya  kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.” Dia berkata: “ Wahai Tuhanku,mengapa Engkau himpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat? “ Allah berkata: “ Demikianlah keadaannya! Sudah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakannya, dan oleh sebab itu engkau pada hari ini dilupakan. “
         
         Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah pernah berkata,
         “ Pada hari kiamat, ketika semua hamba dibangkitkan, seluruh wajah dilihat oleh semua orang. Wajak pendosa kelihatan begitu hitam bak arak. Sungguh hukuman sangat buruk yang  tidak dapat digantikan dengan seluruh kenikmatan dunia daripada awal hingga akhirnya, apalagi dengan umur seorang hamba yang singkat bagaikan mimpi.”
         Beliau berkata lagi
         “ Kesan lain maksiat adalah jatuhnya kedudukan dan kemuliaan hamba di sisi pandangan Allah dan makhluk. Hamba termulia di sisi Allah adalahhamba yang paling betakwa. Hmaba terdekat dengan-Nya adalah yang paaling taat kepada-Nya.Setinggi ketaatan hamba kepada Allah, setinggi itulah kedudukannya di sisi-Nya.

            Apabila dia melakukan maksiat dan melanggar perintah-Nya, jatuhlah dia di sisi pandangan-Nya. Apabila begitu, Allah menjatuhkannya dalam pandangan makhluk. Ketika ia sudah tidak memiliki lagi kedudukan dan demikian rendah dalam pandangan makhluk, begitulah mereka memperlakukannya.

              Akhirnya, dia hidup di tengah-tengah mereka dalam keadaan yang teruk, tidak dipedulikan, dihina, dan tidak bahagia. Ketika seorang hamba tidak dipedulikan dan terhina, datanglah bermacam kerisauan dan kesedihan. Dia tidak merasa bahagia.Ketenangan adalah hakikat kebahagiaan dan sebesar-besar ketenangan adalah dengan mengingati Allah. Orang-orang beriman mendapatkan ketenangan dengan bermunajat kepada Allah serta berzikir kepada-Nya.
       
       Allah berfirman lagi dalam surah ar-Raad ayat 28,
             “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati mnejadi tenang.”

                Sedangkan orang yang berpaling daripada kebenaran mendapatkan ketenangan daripada benda-benda yang fana dan membawa kepada kehancuran. Mereka mengambil dadah dan minum arak dengan harapan dapat melupakan segala permasalahan. Tetapi hakikatnya ketenangan yang dicapai hanya sebentar. Manakala, bagi yang berilmu pula, perbuatan buruk yang dilakukan olehnya menyebabkan ilmunya hilang dan menjadikannya seorang yang sering lupa dalam hal kebaikan.

                 Akhir sekali, natijah daripada perbuatan-perbuatan dosa, maksiat dan kejahatan adalah mendapat seksa Allah apabila seorang itu tidak mendapat rahmat daripada Allah.

No comments:

Post a Comment

Jom Ziarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...