Sertailah Perjuangan Kami!

Monday, 14 November 2011

5 Syarat untuk melakukan maksiat


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya: "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata: "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab: "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh," Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" 
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab: "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.


Kesimpulan: JANGAN MELAKUKAN MAKSIAT.

al-faqiiru ilallah

Wednesday, 9 November 2011

17 Bahaya Lidah


Assalammualaikum.. 
Seindah kita berbicara kadang kala menjadi racun yang sukar dirawati. Walaupun semanis kata kita ungkapkan, adakalanya pahit juga yang menelannya. Dimana ya puncanya? Sudah semestinya lidah menjadi suspek utama dalam kes ini..Sama-samalah kita renungi sejenak setiap kata-kata ini. Mudah-mudahan ia menjadi pedoman untuk kita menjauhi 17 sifat mazmumah ini..insyaAllah...



  • Berjanji lalu mendustai janji itu.  
  • Bercakap perkara yang tidak berfaedah.
  • Bersuka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata. 
  • Bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
  • Penyebab akan berlaku pertengkaran.
  • Penyebab permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
  • Bertutur manis tetapi kata-katanya semua dusta.
  • Mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
  • Gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
  • Mernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
  • Terlalu banyak bergurau dan bersenda.
  • Suka menghina orang lain.
  • Penyebar rahsia.
  • Mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
  • Mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
  • Talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
  • Memuji yang melampau-lampau 
Kesimpulannya
Jangan mudah percaya pada setiap kata-kata manusia....walaupun kata-katanya mereka penuh dengan janji yang manis....Kerana lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah. 
Waallahu A'lam.....Berserahlah Kepada Allah
Jazakallah
Nukilan Cikgu @mirul

IsLam, Iman, iHsaN...



" Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang, yang menguasai hari pembalasan, hanya Engkau yang disembah dan hanya kepada Engkau aku bermohon pertolongan, tunjukilah aku jalan yang lurus, jalan-jalan yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka dan bukan jalan orang yang sesat"


suatu hari Jibril a.s datang dalam rupa seorang lelaki Arab lalu beliau duduk menyandarkan lutut kepda lutut baginda Rasulullah s.a.w. dan berkata " wahai Rasulullah, apakah itu islam? 

" baginda menjawab " bahawa kamu mempersaksikan tiada Tuhan selain Allah, dan aku adalah Rasulullah , kamu mendirikan sembahyang, kamu keluarkan zakat, kamu berpuasa pada bulan Ramadhan dan kamu menunaikan haji jika mampu dengan pembekalan"

Jibril berkata " kamu benar" kemudian dia bertanya lagi " apakah Iman? " Nabi s.a.w menjawab " bahawa kamu beriman dengan Allah , para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan kamu beriman dengan takdir baik buruknya"
Jibril berkata " Kamu benar " 


kemudian ia bertanya " apakah Ihsan ?" Rasulullah s.a.w menjawab " bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya dan jika kamu tidak berupaya melihatNya , maka kamu
( menyedari ) bahawa Dia melihat kamu..."
Jibril berkata " kamu benar..."



Faktor Iman Boleh Berkurang

1) Jahil tentang nama-nama Allah dan sifat-sifatNya, atau dengan kata lain tidak mengenal Allah s.w.t

2)tidak menghayati tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t

3) melakukan maksiat yang menyebabkan iman berkurangan

4) meninggalkan amalan ketaatan juga mengurangkan iman kita

Bagaimana iman seseorang boleh bertambah?

1) Makrifatullah ( mengenal Allah ) dengan nama-namaNya dan sifat-sifatNya

2) melihat dan menghayati kebesaran serta kekuasaan Allah s.w.t melalui sama ada tanda kauniyyah ( makhluk-makhluk ciptaanNya) atau syar'iyyah( ayat-ayat Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w)

3) memperbayakkan malan ketaatan dari segi perbuatan mahupun ucapan 
( zikir)

~ISLAM adalah permulaan, IMAN adalah pertengahan,
 IHSAN adalah kesempurnaan~


al-faqiiru ilallah,
ukhti nita

Jom Ziarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...