Sertailah Perjuangan Kami!


Friday 28 October 2011

Salam ZuLHijjah..Salam Aidiladha


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENYAYANG LAGI MAHA PEMURAH


Assalamualaikum w.b.t,, buat sahabat-sahabiah yang dikasihi Allah s.w.t...
kaifa halukum? semoga dirahmati Allah s.w.t selalu.

Entry LDP kali ini berkisar tentang bulan Zulhijjah..


§  Kini kita berada dalam bulan yang mulia , yakni bulan Zulhijjah. Allah s.w.t juga telah memuliakan bulan ini berbanding bulan lain. Zulhijjah mengandungi banyak kelebihan.

§  Kemuliaan sepuluh hari ini juga disebutkan dalam surah al-Hajj dengan perintah agar memperbanyakkan menyebut nama Allah pada hari-hari tersebut.

“  dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengenderai una yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka menyaksikan pelbagai manfaat bagi mereka, dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak “ Al-Hajj : 27-28

§  Rasulullah s.a.w juga memerintahkan untuk memperbanyakkan tasbih, tahmid, dan takbir pada sepuluh hari tersebut. Dari Ibn Umar r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda maksudnya “ tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan amal soleh di dalamnya lebih dicintai olehnya daripada hari yang sepuluh(sepuluh hari pertama dari Zulhijjah), perbanyakkan tahlil, takbir dan tahmid di dalamnya.” 
(musnad Imam Ahmad 7/224)


§  Dalam sepuluh hari ini juga terdapat yaumun nahar (hari penyembelihan) yang secara umum menjadi hari teragung dalam setahun. Hari tersebut adalah haji besar yang berkumpul berbagai ketaatan dan amal ibadah padanya yang tidak terkumpul pada hari-hari selainnya.
§  Sesungguhnya siapa yang mendapatkan sepuluh hari bulan Zulhijjah merupakan bahagian dari nikmat Allah yang besar atasnya.

§  Mengenang kembali sirah para nabi, bualn Zulhijjah mengingatkan kita tentang pengorbanan nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Allah s.w.t telah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anak kesayangannya iaitu Nabi Ismail. Disebabkan keimanan dan ketaqwaan yang sangat teguh, Nabi Ibrahim patuh arahan Allah s.w.t. Dengan kebesaran Allah, Nabi Ismail telah digantikan dengan seekor kibas ketika penyembelihan berlaku. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar !!!

§  Tidak dilupa juga kisah Nabi Ibrahim yang terpaksa meninggalkan zaujah tercinta , Siti Hajar bersama anak mereka, Nabi Ismail a.s di padang pasir yang tandus. Semua kerana patuh dan taat di atas perintah Allah s.w.t. begitu tinggi keimanan mereka….

§  Hanya orang-orang soleh yang bersegera kepada kebaikan segera untuk menghormatinya dengan semestinya. Dan kewajiban seorang Muslim adalah merasakan nikmat ini, memanfaatkan kesempatan emas ini dengan memberikan perhatian yang lebih, dan menundukkan dirinya menjalankan ketaatan.
§  Sesungguhnya di antara kurnia Allah Taala atas hambaNya adalah menyediakan banyak jalan berbuat baik dan meragamkan kepelbagaian bentuk ketaatan agar semangat seorang Muslim sentiasa thabat, tetap istiqamah menjalankan ibadah kepada Allah.
§  Kullu ‘am wa antum bikhoir..salam aidiladha buat antum.
UKHTI NITA
Al-faqir ilallah



No comments:

Post a Comment

Jom Ziarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...