Sertailah Perjuangan Kami!

Monday, 26 December 2011

Mimpi Seekor Nyamuk


Seekor nyamuk memberitahu sahabatnya, seekor belalang hijau: “ Aku bermimpi semalam.”
“ Kau mimpi apa?”
“Aku bermimpi aku hisap darah segar kenyang-kenyang. Seronok sangat.”
“ Wah ,tu mimpi yang hebat!”
“ Ya dan aku sangat gembira.”
Belalang melihat perut sang nyamuk, kempis.
          Keesokan harinya, sang nyamuk bercerita lagi. “ Aku bermimpi indah lagi semalam. Kali lagi hebat. Aku mimpi, WHO (World Health  Organisation) telah mengharamkan penggunaan sebarang jenis  ubat nyamuk  sebab ia membawa kesan yang tidak baik untuk kesihatan. Wah , seronoknya! Tak perlulah lagi aku lari lintang pukang menyelamatkan diri setiap kali manusia guna ubat nyamuk.”
          “ Ha, ha, ha! Macam-macam mimpi kau. Aku ni tidur mati tiap-tiap malam.”
Sang nyamuk tergelak gembira dan menari-nari.
Hari yang berikutnya, sang belalang pula menegur sang nyamuk:
“ Engkau bermimpi indah lagi? Tersenyum memanjang.”
“ Tepat tekaan kau tu. Semalam aku bermimpi lagi hebat. Aku bermimpi nyamuk diiktiraf sebagai serangga yang dipelihara dan tidak boleh dibunuh. Wah, indahnya hidup ini!”
Sang belalang melihat lagi perut sang nyamuk. Makin kempis. Rupa-rupanya nyamuk masih tenggelam diulit mimpi.
Pengajaran : Ramai manusia hanya bermimpi dan berkhayal, namun hakikatnya tidak pernah melakukan apa-apa. Jangan jadi muslim yang menyangka mereka telah cukup amal sehingga berangan-angan pasti mendiami syurga, sebaliknya imbangilah amaln yang dilakukan denga campuran dua ramuan; khauf(takut) dan raja’ ( harap)...~ nor iman~

Bagaimana Islam Mengajar Apabila Tekanan







Keimanan: Kembali kepada Allah melalui ibadah-ibadah fardhu dan sunat yang lain.  Pasakkan dalam diri akan keyakinan bahawa Allah memberikan jalan keluar pada hamba-Nya yang meminta dan mengharap. Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.

Tadabbur: Benar, kita tiada daya untuk melihat Allah , tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah. Lihatlah alam yang terbentang luas. Memikirkan betapa Penyayangnya Allah apabila makhluk di dalam batu juga boleh hidup, inikan manusia sebagai khalifah yang menadah tangan dan memohon bantuan-Nya.


Zikir: Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : “(iaitu) orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah hati akan tenang.” (Surah al-Ra’d 13:28)

Berimaginasi: Bayangkan syurga yang cukup indah. Ada sungai arak dan susu yang mengalir, dilayan dengan bidadari yang cantik, tiada sedih, dan buruk sangka. Semuanya menggambarkan ketenangan . Fikirkan, layakkah kita menjejaki ke sana? Bagaimana harus kita ke sana? Syurga boleh menjadi motivasi supaya lebih kuat untuk menghadapi tekanan hidup.

Doa: Beza orang mukmin dengan yang lain adalah senjata mereka yamg dikenali sebagai doa. Doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya akan aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong  takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku akan masuk neraka jahanam dalam hina.” (Surah al- Mu’min : 60)
“SELAMAT BERAMAL SAHABAT” ~nor iman~

Saturday, 17 December 2011

Bulan Safar


BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku
dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.
Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir.Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.
Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.
Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.
Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:

"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''
Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik….Ahzam Murabbi

Monday, 14 November 2011

5 Syarat untuk melakukan maksiat


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya: "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata: "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab: "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh," Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" 
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab: "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.


Kesimpulan: JANGAN MELAKUKAN MAKSIAT.

al-faqiiru ilallah

Wednesday, 9 November 2011

17 Bahaya Lidah


Assalammualaikum.. 
Seindah kita berbicara kadang kala menjadi racun yang sukar dirawati. Walaupun semanis kata kita ungkapkan, adakalanya pahit juga yang menelannya. Dimana ya puncanya? Sudah semestinya lidah menjadi suspek utama dalam kes ini..Sama-samalah kita renungi sejenak setiap kata-kata ini. Mudah-mudahan ia menjadi pedoman untuk kita menjauhi 17 sifat mazmumah ini..insyaAllah...



  • Berjanji lalu mendustai janji itu.  
  • Bercakap perkara yang tidak berfaedah.
  • Bersuka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata. 
  • Bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
  • Penyebab akan berlaku pertengkaran.
  • Penyebab permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
  • Bertutur manis tetapi kata-katanya semua dusta.
  • Mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
  • Gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
  • Mernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
  • Terlalu banyak bergurau dan bersenda.
  • Suka menghina orang lain.
  • Penyebar rahsia.
  • Mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
  • Mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
  • Talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
  • Memuji yang melampau-lampau 
Kesimpulannya
Jangan mudah percaya pada setiap kata-kata manusia....walaupun kata-katanya mereka penuh dengan janji yang manis....Kerana lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah. 
Waallahu A'lam.....Berserahlah Kepada Allah
Jazakallah
Nukilan Cikgu @mirul

IsLam, Iman, iHsaN...



" Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang, yang menguasai hari pembalasan, hanya Engkau yang disembah dan hanya kepada Engkau aku bermohon pertolongan, tunjukilah aku jalan yang lurus, jalan-jalan yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka dan bukan jalan orang yang sesat"


suatu hari Jibril a.s datang dalam rupa seorang lelaki Arab lalu beliau duduk menyandarkan lutut kepda lutut baginda Rasulullah s.a.w. dan berkata " wahai Rasulullah, apakah itu islam? 

" baginda menjawab " bahawa kamu mempersaksikan tiada Tuhan selain Allah, dan aku adalah Rasulullah , kamu mendirikan sembahyang, kamu keluarkan zakat, kamu berpuasa pada bulan Ramadhan dan kamu menunaikan haji jika mampu dengan pembekalan"

Jibril berkata " kamu benar" kemudian dia bertanya lagi " apakah Iman? " Nabi s.a.w menjawab " bahawa kamu beriman dengan Allah , para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan kamu beriman dengan takdir baik buruknya"
Jibril berkata " Kamu benar " 


kemudian ia bertanya " apakah Ihsan ?" Rasulullah s.a.w menjawab " bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya dan jika kamu tidak berupaya melihatNya , maka kamu
( menyedari ) bahawa Dia melihat kamu..."
Jibril berkata " kamu benar..."



Faktor Iman Boleh Berkurang

1) Jahil tentang nama-nama Allah dan sifat-sifatNya, atau dengan kata lain tidak mengenal Allah s.w.t

2)tidak menghayati tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t

3) melakukan maksiat yang menyebabkan iman berkurangan

4) meninggalkan amalan ketaatan juga mengurangkan iman kita

Bagaimana iman seseorang boleh bertambah?

1) Makrifatullah ( mengenal Allah ) dengan nama-namaNya dan sifat-sifatNya

2) melihat dan menghayati kebesaran serta kekuasaan Allah s.w.t melalui sama ada tanda kauniyyah ( makhluk-makhluk ciptaanNya) atau syar'iyyah( ayat-ayat Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w)

3) memperbayakkan malan ketaatan dari segi perbuatan mahupun ucapan 
( zikir)

~ISLAM adalah permulaan, IMAN adalah pertengahan,
 IHSAN adalah kesempurnaan~


al-faqiiru ilallah,
ukhti nita

Saturday, 29 October 2011

AMALAN YANG DISYARI’ATKAN PADA BULAN DZULHIJJAH

 
1. Shalat
Disunnahkan untuk bersegera dalam melaksanakan hal-hal yang wajib dan memperbanyak amalan-amalan sunnah. Telah diriwayatkan dari Tsauban radhiallahu anhu, ia berkata, ‘Saya mendengar Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
Hendaklah kamu memperbanyak sujud untuk Allah. Karena kamu tidak bersujud kepada Allah sebanyak satu kali sujud kecuali Allah akan mengangkatmu satu derajat dan Allah akan menghapuskan darimu satu kesalahan.” (HR. Muslim)

2. Melaksanakan Haji dan ‘Umrah
Amal ini adalah amal yang paling utama, berdasarkan berbagai hadits shahih yang menunjukkan keutamaannya, salah satunya adalah sabda Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam:
Dari umrah ke umrah adalah tebusan (dosa-dosa yg dikerjakan) di antara keduanya, dan haji yang mabrur balasannya tiada lain adalah surga.” (HR. Muslim)

3. Berpuasa Terutama Pada Hari ‘Arafah
Puasa adalah jenis amalan yang paling utama dan dipilih Allah untuk diri-Nya. Disebutkan dalam hadits qudsi, ertinya:
Puasa itu adalah untuk-Ku, dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata karena Aku.”

Diriwayatkan dai Abu Said Al Khudri radhiallahu anhu, Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah pasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Abu Qatadah radhiallahu anhu bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
Berpuasa pada hari ‘Arafah melebur dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya.” (HR. Muslim)
4. Takbir, Tahlil dan Tahmid Serta Dzikir
Sebagaimana firman Allah Ta’ala:
“…dan agar mereka menyebutkan nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan…” (QS. Al Hajj:28)
Para ahli tafsir menafsiri bahwa yang dimaksud dengan “hari-hari yang telah ditentukan” adalah sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Oleh karena itu, para ulama menganjurkan untuk memperbanyak dzikir pada hari-hari tersebut, berdasarkan hadits dari Ibnu Umar radhiallahu anhuma yang artinya, maka perbanyaklah pada hari-hari itu tahlil, takbir, dan tahmid.”(HR. Ahmad)
Bentuk Takbir
Telah diriwayatkan tentang bentuk-bentuk takbir yang diriwayatkan oleh para sahabat dan tabi’in diantaranya:
a. Allaahu akbar, Allaahu akbar, Allaahu akbar kabiraa
b. Allaahu akbar, Allaahu akbar, laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar, Allaahu akbar wa lillaahil hamdu.
c. Allaahu akbar, Allaahu akbar, Allaahu akbar, laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar, Allaahu akbar, Allaahu akbar, wa lillaahil hamdu.

5. Taubat Serta Meninggalkan Segala Maksiat dan Dosa, Sehingga Akan Mendapatkan Ampunan dan Rahmat Allah Ta’ala.
Maksiat adalah penyebab terjauhkan dan terusirnya hamba Allah Ta’ala dan ketaatan adalah penyebab dekat dan cinta kasih Allah Ta’ala kepadanya. disebutkan dalam hadits dari Abu Hurairah radhiallahu anhu bahwa Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu manakal seorang hamba melakukan apa yang diharamkan Allah terhadapnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

6. Banyak Beramal Shalih
Memperbanyak amalan-amalan shalih berupa ibadah sunnah seperti: shalat, sedekah, jihad, membaca Al Qur’an, amar ma’ruf nahi munkar dan lain sebagainya. Sebab amalan-amalan tersebut pada hari itu dilipatgandakan pahalanya. Amalan yang tidak utama bila dilakukan pada hari itu akan menjadi lebih utama dan dicintai Allah daripada amal ibadah pada hari lainnya meskipun merupakan amal ibadah utama. Sekalipun jihad yang merupakan amal ibadah yang utama, kecuali jihadnya orang yang tidak kembali dengan harta dan jiwanya.

7. Berkorban Pada Hari Raya Qurban dan Hari-Hari Tasyriq
Hal ini adalah sunnah Nabi Ibrahim ‘Alaihis Salam yakni ketika Allah menebus putranya dengan sembelihan yang agung dan juga sunnah Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam. Tentang keutamaan hari raya kurban , telah di jelaskan diatas dalam pasal ketiga (keutamaan yaumul Nahr) keutamaan sepuluh hari bulan Dzulhijjah.

8. Melaksanakan Shalat Idul Adh-ha dan Mendengarkan Khutbahnya
Setiap muslim hendaknya memahami hikmah disyari’atkannya hari raya ini. Hari ini adalah hari bersyukur dan beramal kebajikan. Maka janganlah dijadikan sebagai hari keangkuhan dan kesombongan; janganlah dijadikan kesempatan bermaksiat dan bergelimang dalam kemungkaran seperti: nyanyi-nyanyian, main judi, mabuk-mabukkan dan sejenisnya. Dimana hal tersebut akan menyebabkan terhapusnya amal kebajikan yang dilakukannya selama sepuluh hari. Tentang keutamaan hari ini , telah dijelaskan sebagiannya diatas.
Selain hal-hal yang telah disebutkan diatas, hendaknya setiap muslim dan muslimah mengisi hari-hari ini dengan melakukan ketaatan, dzikir dan syukur kepada Allah, melaksanakan segala kewajiban dan menjauhi segala larangan; memanfaatkan kesempatan ini dan berusaha memperoleh kemurahan Allah agar mendapat ridha-Nya.

                                                                                        ASNI HITA

Jom Ziarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...