Sertailah Perjuangan Kami!


Sunday 16 October 2011

Sentiasa Ada Ruang



Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:"Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat." (Riwayat Muslim)


Hati adalah wadah untuk iman. Hati yang kotor susah untuk disinari cahaya iman. Ini menyulitkan kita untuk membuat kebaikan kerana hati ibarat raja dalam satu tubuh manusia. Hati yang baik akan mengarah anggota-anggota tubuh itu ke arah kebaikan. Tetapi hai sudah di penuhi oleh seribi satu macam kuman-kuman ( sifat mazmunah atau sifat keji), maka ia akan mengarahkan anggota-anggota kepada melakukan perkara-perkara yang keji.


Sesungguhnya adalah wajar bagi kita menyemak hati kita, memperbaiki kekurangan, dan seterusnya mempersiapkannya untuk disinari cahaya iman agar anggota-anggota kita pula dapa menjadi sumber dari berbagai-bagai kebaikan dalam kehidupan kita sendiri dan masyarakat umumnya.
Allah Swt sentiasa memberi pelbagai ruang dan peluang untuk kita. Setiap hari. Selagi nyawa masih dibadan.


Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Az-Zumar 39: Ayat ke 53)...Ahzam Murabbi
 

No comments:

Post a Comment

Jom Ziarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...