Sertailah Perjuangan Kami!


Saturday 8 October 2011

Bertambahnya Nikmat Bagi Orang Yang Bersyukur


Setiap orang sangat memerlukan Allah S.W.T dalam setiap gerak kehidupannya. Akan tetapi, kebanyakkan orang tidak menyedari kelemahan mereka dan tidak menyedari bahawa mereka sangat memerlukan Allah S.W.T. Mereka mengganggap bahawa sesuatu terjadi dengan sendirinya atau mereka mengganggap bahawa segala sesuatu yang mereka peroleh adalah hasil susah payah mereka sendiri. Bagaimanapun nikmat yang diberikan kepada seseorang sangatlah besar sehingga tidak seorangpun yang dapat menghitungnya. Allah S.W.T menceritakan kenyataan ini dalam sebuah ayat Al-Quran:

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah S.W.T nescaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya.” (QS An-Nahl, 16:18).
Meskipun kenyataan demikian, kebanyakkan manusia tidak mampu mensyukuri kenikmatan yang telah mereka terima. Penyebabnya, seperti diceritakan dalam Al-Quran, adalah syaitan yang berjanji menyesatkan manusia dari jalan Allah S.W.T yang tujuan utamanya adalah untuk menjadikan manusia untuk tidak bersyukur kepada Allah. Penyataan syaitan yang menderhakai Allah S.W.T ini menegaskan pentingnya bersyukur kepada Allah S.W.T.

         Seorang yang tidak menyukuri nikmat hanya akan melihat cacat dan kekurangan, bahkan pada lingkungan yang sangat indah sehingga dia akan merasa tidak bahagia dan tidak puas. Allah menjadikan orang-orang seperti ini hanya menjumpai pelbagai peristiwa dan pemandangan yang tidak menyenangkan. Akan tetapi, Allah menampakkan lebih nikmat kurnianya kepada orang yang ikhlas dan mempunyai hati nurani. Allah S.W.T akan menambah kenikmatan pada orang-orang yang bersyukur. Orang-orang mukmin sejati tetap bersyukur pada Allah S.W.T sekalipun mereka berada dalam keadaan yang sangat sulit.
(Harun Yahya. Beberapa Rahsia Dalam Al-Quran, 2004)

Asni Hita Nor Suhada Hassan

No comments:

Post a Comment

Jom Ziarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...